Bagaimana Sistem POS (point of sale) membantu meningkatkan produktiviti perniagaan?
Seiring dengan pekembangan teknologi yang pesat membangun, peruncit juga seharusnya sudah mengorak langkah ke hadapan dengan mempunyai sebuah sistem yang mampu menguruskan stok dan jualan di kedai, mengapa penting POS sistem ini kepada peruncit? kerana POS sistem merupakan sebuah sistem yang mampu merekod dan menyimpan segala data jualan dan stok semasa perniagaan anda berjalan.
Tidak habis di situ, POS sistem juga dapat membantu anda di dalam meningkatkan lagi produktiviti di kedai, bagaimana? Di artikel kali ini, kami kongsikan beberapa cara yang efektif bagi membantu anda bagaimana untuk tingkatkan lagi produktiviti menggunakan POS sistem.
Menyelaraskan proses jual beli
Dengan adanya manfaat POS sistem ini juga, ia dapat membantu anda untuk menyelaras proses jual beli, penyelarasan jual beli hanya boleh di lakukan dengan POS sistem sahaja, ini kerana proses ini mengambil kira transaksi jualan setiap hari dan direkodkan di dalam satu laporan yang lengkap, atau disebut sebagai laporan “sales” .
Laporan ini akan di generate secara automatik oleh POS sistem apabila transaksi jualan itu berlaku, dengan hasil dari penyelarasan ini, dapatlah anda memantau naik turun jualan anda mengikut hari,bulan mahupun tahunan.
Pembayaran dengan lebih cekap
Jika sebelum ini kedai anda telah biasa menggunakan cash register yang hanya perlu meletakkan harga barang sahaja dalam membuat jualan dan resit dikeluarkan, tiada laporan yang lengkap dapat disimpan selepas jualan itu berlaku.

Tetapi dengan adanya POS sistem, proses itu tidak lagi digunakan, anda hanya perlu scan barcode produk sahaja, dan klik pembayaran dan selepas itu sistem akan menyediakan laporan lengkap di setiap jualan yang dibuat dan ini secara tidak langsung, meningkatkan lagi produktiviti kedai anda.
Memantau aliran tunai
Seperti yang disebutkan di atas, berdasarkan kajian masih terdapat lagi peruncit dan pemborong yang masih menggunakan catatan dalam buku bagi memantau aliran tunai kedai mereka.
Pemantauan aliran tunai ini bukanlah perkara yang remeh, ini melibatkan proses jangka masa panjang kedai anda untuk bertahan lama atau pun cukup-cukup sekadar bayar sewa kedai dan gaji pekerja, tiada profit atau gaji yang dapat diberikan untuk diri sendiri.
Bagi memantau aliran tunai ini, POS sistem dapat menyediakan satu laporan yang terperinci berkenaan setiap transaksi yang berlaku, transaksi ini adalah transaksi pembelanjaan,jualan,keuntungan,kerugian,diskaun,cukai,permotongan komisen(jika ada) dan banyak lagi.
Dengan adanya pemantauan ini, dapatlah anda memantau apa yang patut, untuk anda mengurangkan lagi kerugian dan meningkatkan lagi keuntungan hasil dari jualan tersebut.
Kaji data stok
Pernah tak kita terfikir, di dalam kesibukan kita menjual barang kepada pelanggan, pasti kita tertanya ada barang yang kita jual tetapi tak berapa laku atau kurang mendapat sambutan.
Jika anda ada berfikir begini. Baguslah, sudah sampai masa nya untuk mengkaji semula barang-barang tersebut bagi mengelakkan kerugian yang besar, bukan tidak boleh dijual, tapi kurangkanlah kuantiti barangan tersebut bagi memastikan kos kerugian luput barang dapat dielakkan.
Dengan ada POS sistem, bagaiamana ia dapat membantu anda untuk kaji data stok ini, jika anda biasa dengan POS sistem, pasti anda sudah faham mengapa penting untuk masukkan butir barangan yang anda jual sepeti nama,berapa kuantiti,tarikh luput produk dan sebagainya, kerana setiap butir barangan ini lah akan menjadi satu laporan yang lengkap yang akan di generate oleh sistem.

Dengan laporan stok tersebut anda bolehlah melihat rekod stok yang mana kurang jualan nya mengikut tarikh yang anda targetkan, contoh anda tetapkan masa sebulan setiap barangan, jika ada barang yang masih banyak selepas sebulan itu, anda perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan kuantiti barang tersebut, untuk mengelakkan anda rugi jangka masa panjang.