Mengapa mesin cash register tidak sesuai untuk peruncit yang besar?
Bagi anda yang giat di dalam dunia perniagaan runcit, adalah amat penting untuk anda mengetahui fungsi dan manfaat sistem POS, sebelum ini dunia peruncitan tahun 90-an banyak menggunakan mesin kashier dan sistem buku catatan jualan, tapi dizaman yang serba moden ini, perlu lagi ke untuk kita guna teknologi itu? Bagi anda yang tidak tahu rupa mesin kashir tersebut, boleh lihat gambar dibawah.

Jika anda biasa tengok, mesin jenis ini biasanya berada di kedai-kedai runcit yang kecil yang tidak perlu menyimpan rekod data jualan dan stok yang banyak, reka bentuk nya ringkas saja, cara penggunaan nya juga tidak lah susah sangat, tapi kenapa mesin ini tidak sesuai untuk peruncit yang besar seperti supar mart atau pun kedai-kedai yang menjual alat eloktronik?
Ada beberapa kekurangan mesin ini berbanding POS sistem di antaranya :
- Kapasiti menyimpan data yang terhad
- Kos penyelenggaraan yang mahal dan spare-part yang sukar untuk dicari
- Hanya dapat melakukan transaksi jualan yang sederhana, tiada laporan yang lengkap dapat disediakan
- Tidak boleh di upgrade berbanding sistem POS yang boleh diupgrade
- Tidak menyokong sistem barcode
- Tidak boleh menyimpan data dan rekod jualan dengan lebih lengkap
- Transaksi jualan hanya di tukarkan dalam bentuk resit, tidak seperti POS sistem yang di simpan didalam sistem, boleh di cari dengan mudah.
Jika dilihat, kemudahan dalam menggunakan mesin cash register adalah disebabkan bentuk nya yang compact dan mudah untuk dipindah-pindah, selain daripada itu mesin ini juga boleh didapati dengan harga bawah RM800, murah bukan? mesin ini juga tidaklah seringkas yang disangka, ada juga mesin cash register yang telah memenuhi keperluan perniagaan masa kini, antaranya cash register yang telah dicipta khas dengan beberapa fungsi seperti fungsi tranfers data yang dapat disambungkan terus ke pc anda dan juga dilengkapi dengan laporan yang fleksibel.
4 Comments
Financial engagements are typically multifaceted, solving for specific of digital marketing answer moving challenges while buildings ongoing client capabilities. Into addition into defining new roles but helping d
Life is good. Here we are in the last couple months of summer with its warm weather, family activities, getting
client capabilities. Into addition into defining new roles but helping develop employees’ skills
Life is good. Here we are in the last couple months of summer with its warm weather, family activities, getting ready for the children.
Comments are closed.